Yayasan Anak Kualē

Profil Pertubuhan Yayasan Anak Kualē

Yayasan Kebajikan Anak-anak Kuala Kangsar Perak, atau lebih dikenali sebagai Yayasan Anak Kualē telah ditubuhkan pada 18 Jun 2013 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya PPM-019-08-18062013.

13639539_746026818872764_2098591044_o

IDENTITI LOGO YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK KUALA KANGSAR PERAK

Bulat besar garisan warna merah tepi melambangkan keutuhan hidup berdisiplin dan berani, serta ‘bulat manusia kerana muafakat’,

Bulat besar warna biru menggambarkan perpaduan dan keharmonian yang menjadi teras Yayasan.

Bentuk tiga orang melambangkan semua ahli yang saling berganding bahu, berusaha dan bekerjasama di antara satu sama lain bagi memastikan hasrat murni Yayasan mencapai kemajuan dan kejayaan.

Tangan figura berbentuk ‘W’ menggambarkan perkataan ‘Wawasan’, yang turut melambangkan arah dan haluan Yayasan bagi mencapai kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat khususnya anak-anak Kuala Kangsar.

Tiga figura dilukis menggunakan warna bendera negeri Perak iaitu kuning, putih, dan hitam.

Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Warna putih mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah serta keikhlasan demi menjaga kebajikan ahli keseluruhannya.

Warna merah melambangkan semua ahli mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih serta bertekad menjadikan Yayasan ini sebuah Yayasan yang maju, harmoni dan dinamik.

Yayasan Anak Kualē merupakan singkatan ringkas kepada nama Yayasan Kebajikan Anak-anak Kuala Kangsar Perak.

TUJUAN PENUBUHAN YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK KUALA KANGSAR PERAK

1. Untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan menyemai semangat kerja berpasukan untuk semua peringkat warga Malaysia.

2. Menyemai sifat tolong menolong di antara satu sama lain dalam urusan pendidikan, kebajikan, kemalangan dan lain-lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang.

3. Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan terhadap golongan kurang upaya ini seperti yang terlalu miskin, terabai, teraniaya (abuse) dan yang tidak mempunyai pelajaran akademik (buta huruf).

4. Untuk melaksanakan perkara yang mendatangkan manfaat kepada seluruh masyarakat dan golongan sasar.

5. Melaksanakan aktiviti keusahawanan di dalam dan di luar negeri yang boleh meningkatkan ekonomi Yayasan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.

6. Menganjurkan kursus dan latihan yang bermanfaat kepada masyarakat di dalam dan di luar negeri.

7. Menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang dan untuk menjalankan tujuan-tujuan Yayasan.

8. Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menambahkan dana Yayasan bagi mencapai Objektif dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Berkaitan.

9. Untuk mencetak atau menerbit suratkhabar, majalah, buku, surat sebaran atau laman web (termasuk bahan media online) yang difikir oleh Yayasan sebagai yang diperlukan untuk menganjurkan tujuan/matlamat Yayasan, dengan syarat mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa dimana berkenaan.

10. Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan Yayasan selaras dengan tujuannya.

11. Menerima sumbangan dari pihak Kerajaan, Swasta dan orang ramai untuk Yayasan menjalankan aktiviti selaras dengan objektifnya. untuk menjalankan perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Yayasan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Yayasan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Yayasan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kepada sebarang pekerja Yayasan ini.

12. Menubuhkan sebuah Tabung Kebajikan dan Pendidikan bagi tujuan mendapatkan derma dari Badan Koperat, Individu dan Dermawan melalui penubuhan TABUNG KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN untuk membantu masyarakat dan golongan sasar dalam bidang kebajikan dan pendidikan, dibawah kebenaran pihak berkuasa Negeri (subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sijil Pendaftaran

No. Pendaftaran: PPM-019-08-18062013
Surat Kelulusan Pendaftaran Yayasan di bawah Akta Pertubuhan 1966

Facebook Newsfeed