Maulid Al-Kubro 2015

  • admin
  • Saturday, May 23, 2015
  • Kuala Kangsar
Maulid Al-Kubro 2015l

Pada 23 Mei 2015, Yayasan Anak Kuale telah melancarkan kempen Maulid Al-Kubro di Kuala Kangsar, Perak. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan marhaban terbuka, pertandingan nasyid terbuka dan antara sekolah, pertandingan kalam jama’i untuk sekolah rendah, dan pertandingan sirah Rasulullah untuk sekolah menengah. Selain itu, Yayasan Anak Kuale turut mengadakan sesi kutipan wakaf bertempat di Maahad Tahfiz Sains Ad-Dawwamah.

Untuk hari seterusnya (24 Mei 2015), sesi perarakan Maulid Al-Kubro bermula, dan aktiviti ini akan melibatkan beberapa kategori seperti pihak sekolah, pihak NGO / jabatan kerajaan, masjid-masjid, dan turut disertai oleh kaum ibu. Para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik berupa wang tunai dan pakej percutian 2 hari 1 malam ke Pulau Langkawi.

 


 

 

Galeri Maulid Al-Kubro 2015: Dalam Dewan

Galeri Maulid Al-Kubro 2015: Perarakan

Galeri Maulid Al-Kubro 2015: Penyampaian Hadiah

« 1 of 2 »

Facebook Newsfeed